Ahad, 8 September 2013

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum..

Ya Allah mungkin ini adalah kifarah yg telah dikurniakan...Ya Allah aku bersyukur kerana mengurniakan rasa   
yang sungguh luar biasa, Ya Allah sedar tak sedar kehamilan ini telah menjangkau usia 12 minggu...sudah lewat tremester pertama, aku melalui peringkat pertama dengan penuh cabaran...aku mengalami selera makan yang sangat teruk...tuhan sahaja yang tahu apabila aku tidak dapat lagi menikmati segala makanan kegemaran ku sebelum ini, hatta nasi yang menjadi sumber tenaga harian kadang2 tidak dapat ku jamah, sungguh dugaan kan...aku jarang sekali memasak...Ya Allah, sungguh engkau  Maha pengasih, kau kurniakan aku seorang suami yang sangat penyayang, dia bersedia membantu ku di dapur, dia bersedia untuk menyelesaikan kerja-kerja rumah yang kadangkala aku tak mampu untuk lakukan semenjak kehamilan ini....

pilu rasa hati bila melihat dia membuat semua kerja2 harian yang sepatutnya aku langsaikan sebelum dia pulang ke rumah...Ya Allah...aku bersyukur, Ramadhan menjelma lagi..sungguh beruntung aku kerana telah bergelar isteri, permaisuri kepada semua seorang jejaka yang sangat mulia..

kalau nak cerita pasal kehamilan peringkat pertama memang sangat perit....rasa pelbagai rasa bercampur baur, tambahan lagi aku kena melalui exam master semester pertama yang baru shj selesai minggu lepas...

antara alahan yang aku alami
1. muntah hampir setiap hari
2.bila tercium bau2 yg tidak menyenangkan akan ada rasa sakit kepala..dan muntah
3. nasi tak boleh nak telan sangat..
4. susu x boleh minum... hatta anmum metana yg baru perisa mangga tuh
5.cium bau suami pon x leh,...lbh2 lg bila dia dah mandi..sgt pelikkan.
6. sgt suka tidur kdg2 tidur dari pagi bgun kejap..sambung lg tidur smp ptg..smp somi plg.. sgt teruk
7. sangat suka masakan sabah, malangnaya tinggal di semenjung so mmg kena wat sdr la
antarnya, kapurung, barabbok, ikan bakar, nasi kuning, lawa pakis, gammie, ikan masin. tue je la makanan yg boleh masuk dalam tekak ni.

Ya Allah aku mohon moga ianya akan cepat berlalu.....x sabar nak makan banyak2 kahasiat tuk bby..berat badan dah susut 2 kg...























sebuah catatan yg indah dari seorang pemilik blog....sungguh indah lantunan kata cinta buat sang isteri membuat aku terdetik untuk menghayati..

BILA TANGANKU KU HULURKAN

(dedikasi sempena ulangtahun ke 25)

Ingatkah lagi saat itu
Satu hari lebih dua dekad lalu
Bila seorang pemuda yang tidak punya apa-apa
Jauh sekali dari seorang lelaki pilihan
Menghulurkan tangannya kepadamu
Meminta sesuatu yang ia sendiri tidak pasti
Menyerahkan satu harga diri di antara sela-sela jarinya
Dan kau menyambutnya mungkin antara sangsi dan harapan

Ingatkah lagi waktu itu
Bila kita disatukan
Kita menganyam kasih dalam seribu perbezaan
Mengharap satu pertautan yang berpanjangan
Mendoakan satu keserasian dalam satu perkongsian
Mengimpikan satu kebahagiaan dalam hari-hari mendatang

Isteriku
Terima kasih kerana sudi menemaniku
Bersama dalam kepayahan membina kehidupan
Berkongsi mengecapi pahit manis satu perkongsian
Betah menerima seorang insan yang penuh kekurangan

Isteriku
Terima kasih kerana memberiku:
seorang Al-Abrar, muga ia sentiasa di kalangan orang yang membuat kebaikan
seorang Al-Fateh, hendaknya ia sentiasa mampu menguasai dirinya
seorang Al-Faqihah, biarlah ia menjadi seorang yang faham tentang agamanya
seorang Munibah, harapnya ia selalu taat kepada Tuhannya dalam semua perkara
seorang Abid, doakan ia menjadi hamba yang melimpah imannya

Isteriku
Bila tanganku aku hulurkan
Dan ianya disambut penuh hormat
Akan kujunjung penghormatan itu
Kerana di situ juga ada mimpi dan harapan kita bersama

semoga kita terus bersama juga syg ku kaslan...