berada di sebuah kota nan indah, permai dengan suasana yang sangat selesa..
penduduk mewakili setiap bangsa..bermacam budaya juga bahasa..
itulah kota yg kini menjadi kediamanku..
kota kinabalu yang dihujani neon pabila malamnya
segenap sudut kota ada penghuninya
aku sendiri tidak jelas dengan aktivitinya
mereka kata ada yang negatif
tapi aku istigfar dengan keyakinan
bahawa setiap manusia mampu berubah
walau membesar d bumi penuh dosa.
cari sahaja jalan pulang yang nyata
insyaAllah engkau akan terjumpa..
sekejap lg 1 mei.
genap 2 bulan aku berkerjaya
dinegeri sama dengan tempat aku lahir
cuma bezanya di sini kota penuh cahaya
di sana kampung yg gelap gelita
aku cuba fahami apa sebenarnya yang bisa aku temui di kota penuh neon ini
kenapa aku pilih untuk terus terdampar di sini..
jauh dr tempat rakan sama belajar di seberang laut cina selatan sana
kan lagi mudah..banyak benda yang boleh di kongsi bersama..
tapi aku di sini bersendiri
cuba mengekori langkah kaki yang di atur sendiri tanpa
tidak diketahui di mana destinasi hujungnya
yang pasti..
mungkin juga aku di sini membawa sekeping hati yang sudah sendiri
hanya berbekal kenangan yang menari-nari bila kesepian
ahh..kejam
kenapa aku yang menjadi mangsa kekecewaan..
tak mengapa, Tuhan itu maha adil..
aku sakit untuk berdiri, tapi aku akan mati bila aku tak berdiri..
Tuhan, aku meminta untuk selalu tabah
menyelusuri hari-hari muka
yang bakal indah
iaitu bila mana aku d kurniakan sebuah kehidupan
berkeluarga kali??
ya..yang bakal mengubat sebuah kesunyian yang nyata
memberi kebahagiaan samapai ke syurga InsyaAllah.
menharap agar setiap hari adalah hari2 yang indah... :)