Terima e-mail semalam petang, tak tahu dari mana nak kreditkan cerita ini..
Memang sedih sangat-sangat..tapi tiada guna sesal jika terlajak...
Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati… saya tidak tahu.. di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..
Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.
Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat ke? Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya., dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya., dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.
Dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi.., risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan., dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huhu..
Sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.
Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.
”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…” Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..
Mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapkan dari saya….
Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya.”
Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…
Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
**************************************
Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright..
P/s dr saya: kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada….
Semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..amiin ya Rabbi..
AMBIL IKTIBAR, SAYANGI ISTERI2 ANDA..
Isnin, 30 Januari 2012
Sabtu, 21 Januari 2012
Wow!! Kolesterol Panjangkan Umur Lelaki
Gambaran menunjukkan kolesterol dalam pembuluh darah
Kolesterol dan Usia Lelaki
Penelitian menunjukkan, kualiti kesihatan seseorang lelaki dapat ditentukan pula oleh kadar kolesterol dalam darahnya. Mereka yang mampu menjaga kestabilan kadar kolesterol baik atau HDL, secara relatifnya memiliki umur yang panjang.
Menurut kajian para peneliti di Boston yang diterbitkan oleh American Journal of Cardiology, lelaki yang mampu mencapai usia 85 tahun cenderung memiliki tahap kolesterol HDL yang tinggi ketika berusia 60an. Lelaki yang mempunyai kadar HDL paling tinggi, risikonya kurang dari 28 peratus meninggal dunia di usia 85 tahun, jika dibandingkan dengan lelaki yang mempunyai kadar HDL paling rendah.
Dr. Nir Barzilai dari Institute for Aging Research serta Albert Einstein College of Medicine di New York, AS, berpendapat hasil penelitian ini menunjukkan bukti bahawa kolesterol juga mempunyai peranan penting dalam menentukan kualiti kesihatan seseorang.
Kita juga harus selalu ingat bahawa ini adalah suatu hubungan, dan bukan bererti memiliki HDL yang tinggi dapat meningkatkan harapan untuk terus hidup, ujar Barzilai.
Menurut American Heart Association, terdapat sekitar 12 juta orang di Negeri Paman Sam mengidap sakit jantung dan strok berdasarkan kajian yang dilakukan pada tahun 2006. Tetapi risiko gangguan jantung sebenarnya dapat diturunkan dengan cara menjaga paras kolesterol serta HDL tetap tinggi. Kadar HDL yang rendah, kurang dari 40 miligram per desiliter (mg/dL) dalam darah, selama ini juga dikenalpasti dapat meningkatkan risiko penyakit jantung.
Penurunan Risiko
Ilmuwan dari Massachusetts Veterans Epidemiology and Research Information Center di Boston, AS, melakukan kajian terhadap 650 veteran ketika mereka berusia sekitar 65 tahun. Kemudian, veteran ini dikelompokkan berdasarkan paras HDL mereka.
Bermula dari kadar yang terendah iaitu 40 mg/dL, peneliti telah menghasilkan satu penemuan bahawa setiap 10 mg/dL peningkatan HDL, seseorang lelaki mengalami penurunan risiko 14 peratus meninggal dunia di usia 85 tahun. Secara keseluruhannya, ada 375 veteran yang dapat bertahan sehingga menjangkau usia tersebut.
Selain itu, didapati tidak ramai lelaki yang mempunyai kadar HDL yang tinggi mengalami kegemukan dan di antara mereka cenderung mengambil minuman alkohol tidak melebihi dua gelas sehari. Di antara mereka juga terdapat lebih sedikit yang mengalami gangguan jantung dan merokok, dibandingkan dengan kelompok yang mempunyai paras HDL yang rendah.
Menurut Barzilai lagi, faktor-faktor tersebut juga mungkin memberikan pengaruh terhadap daya tahan para lelaki. Walaupun begitu, para peneliti tidak mengambil kira faktor-faktor tersebut, dan hasil kajian telah menunjukkan hubungan yang kuat antara pencapaian usia 85 tahun dengan tingginya kadar HDL.
Barzilai menambah lagi, untuk mengubah kadar HDL dalam tubuh bukanlah suatu perkara mudah. Bersenam mungkin akan dapat membantu, tetapi ketika ini, belum ada cara yang paling efisien untuk memperbaiki kadar HDL.
Akhirnya kita mungkin juga perlu kepada ubat-ubatan, ujarnya.
Menurut Mayo Clinic, pengambilan suplemen salah satu jenis vitamin B iaitu niacin mungkin dapat membantu meningkatkan paras HDL antara 15 hingga 35 peratus. Tetapi, ada risiko kesan sampingannya iaitu kerosakan pada hati dan peningkatan kadar gula dalam darah. Walaubagaimanapun masih terdapat sumber niacin semulajadi dari produk tenusu, daging tanpa lemak, kekacang, telur dan ikan.

Jumaat, 20 Januari 2012
¸❤ rESEPI kek perkahwinan (^^)v ❤¸¸•*
BAHAN ;
1 Lelaki sihat
1 wanita sihat
100 % komitmen
2 pasang restu orang tua
1 botol kasih sayang murni.
PERISA;
1 Sebuku besar kemesraan
25 gram rekreasi,
1 bungkus doa
2 sudu teh telefon
5 kali ibadah/hari
Semuanya diadun hingga rata dan mengembang.
TIP;
-Pilih lelaki dan wanita yang benar-benar matang dan seimbang.
-Jangan yang satu terlalu tua dan yang lainnya terlalu muda kerana dapat mempengaruhi kelazatan(sebaiknya dibeli di pusat belah bernama ‘TEMPAT IBADAH’, walaupun agak jual mahal tapi mutunya terjamin).
-Jangan beli di pasar yang bernama DISKO atau PARTI kerana walaupun modelnya bagus dan harumnya baunya tapi kadangkala menipu pelanggan atau kadang menggunakan zat pewarna yang dapat merosakkan kesihatan.
-Gunakan kasih sayang cop ‘DAKWAH’ yang telah mendapatkan penghargaan ISO dari Kementerian Kesihatan dan Kerohanian.
CARA MEMASAK ;
-Lelaki dan Wanita dicuci bersih, buang semua masa lalunya sehingga tersisa niat yang murni.
-Siapkan loyang yang telah disapu dengan komitmen dan restu orang tua dengan rata.
-Masukkan niat yang murni ke dalam loyang dan panggang dengan api yang rata sekitar 30 minit di depan PENGHULU.
-Biarkan di dalam loyang tadi dan sirami dengan perisanya.
-KEK PERKAHWINAN sedia dinikmati.
CATATAN;
Kek ini dapat dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan paling enak dinikmati dalam keadaan hangat. Tapi kalau sudah agak dingin, tambahkan lagi KEMESRAAN segar secukupnya, rekreasi sesuai selera, serta beberapa potong doa kemudian hangatkan di ketuhar berjenama ‘TEMPAT IBADAH’. Setelah mulai hangat, jangan lupa bertelefon bila berjauhan.
SELAMAT MENCUBA..., dijamin semuanya halal...

Khamis, 19 Januari 2012
Inilah Makna Bahagia
Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu "moving target" yang tidak spesifik ertinya.
Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.
Sumber dalaman atau luaran?
Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)?
Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.
Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin, hodoh, tidak popular dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan cendekiawan itu bahagia?
Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti.
Realitinya, sudah menjadi "rules of life" (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah:
"Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya." (Surah Al-Mulk)
Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang berlaku kepada Cristina Onasis pewaris kekayaan ayahnya Aristotle Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun memiliki harta yang berbilion dollar.
Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan. Madonna, Paris Hilton (sekadar menyebut berapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-masing. Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali.
John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh walaupun dirinya dipuja oleh jutaan peminat. Elizabeth Taylor pula sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan badannya. Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa negarawan dan bangsawan tersohor seperti Al-Malik Farouk (Mesir), Shah Iran (Iran), Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar (Rusia) dan lain-lain lagi. Tegasnya, kesakitan, cercaan, dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan mencari kebahagiaan.
Bukti hilangnya bahagia.
Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Tidak payah kita berhujah menggunakan Al Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila selebriti dari Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik, harta yang berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah kronik. Senarai nama yang berkenaan cukup panjang...
Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai, dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang "hilang" di tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan nama yang popular itu.
Ujian hidup punca hilang bahagia?
Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!
Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.
Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.
Metafora air limau dan luka di tangan
Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.
Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.
Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor "kesihatan" hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.
Inilah erti bahagia
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:
"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." (Surah Al-Ra'du 28)
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
"Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati." (Hadis riwayat Bukhari Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati."
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.
Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara "kesihatannya" agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara "auto pilot".
Kaedah Mencari Bahagia Menurut Al-Quran dan Sunnah
1. Beriman dan beramal salih.
"Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan." (Surah An-Nahl: 97)
Ibnu 'Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban).
Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana'ah (merasa cukup).
Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu 'Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.
2. Banyak mengingat Allah.
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:
"Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu." (Surah Ar-Ra'd: 28)
3. Bersandar kepada Allah.
Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:
"Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya." (Surah Ath-Thalaq: 3)
4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya:
"Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar." (Surah An-Nisa: 114)
5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula.
Rasulullah SAW bersabda: "Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata:
"Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu," akan tetapi katakanlah: "Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan," karena sesungguhnya kalimat 'seandainya' itu membuka amalan syaitan." (Hadis Riwayat Muslim)
6. Melihat "kelebihan" bukan kekurangan diri.
Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:
"Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.
Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih.
Malah ada di antara hukama berkata, "sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!" Firman Allah:
"Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih." (Surah Al-Insan: 9)
Zikrullah Yang Membawa Bahagia
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Zikrullah akan memberi ketenangan buat hati. Ketenangan hati itulah kebahagiaan sebenar. Tetapi kenapa ada orang yang berzikir tetapi hati tidak ataupun belum tenang? (Untuk mendapat jawapannya, sila rujuk artikel Mencari Ketenangan Hati)
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.
Ingatlah, untuk menjaga kebersihan hati, (selain berzikir) kita perlu menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Jadi berhati-hatilah menjaga hati kerana ia adalah punca ketenangan dan kebahagiaan diri!
Kita harus melatih hati kita supaya sentiasa berniat baik dan inginkan sesuatu yang baik. Sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperbanyak doa agar Allah SWT mengurniakan kita hati yang bersih dan selalu dekat dengan-Nya. Itulah beberapa hal yang mungkin dapat kita jadikan landasan untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia ini dan juga sebagai bekal untuk menghadapi kehidupan akhirat nanti.
Sebenarnya kebahagiaan hidup yang hakiki dan ketenangan hanya didapatkan dalam agama Islam yang mulia ini. Sehingga yang dapat hidup bahagia dalam erti yang sebenarnya hanyalah orang-orang yang berpegang teguh dengan agama.
- Artikel iluvislam.com

Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi.hehhhehe
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh
Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

Jangan Mencari Terlalu Sempurna
Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup
Begitulah juga…..
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
Mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya
Selagi dia masih mengingati kamu
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK tidak sukar untuk kamu
Menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja
Begitulah juga…..
Jika kamu sedang memiliki seseorang TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu
Akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana Kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT
Mengapa kamu berlengah lagi
Cuba mencari makanan yang lain
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri
Dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL
Begitulah juga……
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU , MENGASIHIMU , dan MENCINTAIMU
Mengapa kamu berlengah lagi
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kelak, dia akan BERJAUH HATI
Dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi
Janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna
Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
Akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa
Serta BERSYUKUR dengan apa yang kita MILIKI
Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …
itu lebih BERMAKNA !
“Begitu hidup ini tiada yang abadi yang patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

Rabu, 18 Januari 2012
At studio planning, lembab gile line nih.. tau la line curik but sebelah studio jer kot….x leh nak buat catatan dkt my blog blh copy paste ajew..hehehe x pew la kn janji bleh tulis..
By the way I want to story about yesterday…very sad story, but when I learn for this part I will great and lucky for my future, insyaAllah..Allah is always beside u kas, trust it, and u can find it..plz kas, pliz pay intension for this world….
About yesterday…when I come to 6 presenter, after 5 presnter before me..and I know and I very clear about expertation my lecturer,
....continew ok, what can i say, myself is week, not energy i want to up, but im still here.. i lost many thing in my life,many..many..and many....can i get back?
this night..dot nw what can i do.....boring, empty my life without work...are u happy kasmiati??not well la..im still want do anything work..heeheheheheheheh

Tuhan memberikanku cinta
untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
hanya untuk berkasih berbagi denganmu
atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah
hampa terasa bila ku tanpamu
hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
hanya dirimu satu yang aku inginkan
ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

sukeeeeeeeeeeeeeee :)
hampa terasa bila ku tanpamu
hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu,,

Selasa, 10 Januari 2012
DETIK 2:40 PM,
MASIH D SINI BERSAMA TENDER DOKUMENT...bila nak ciap ni...
borng kah buat benda ni?..sangat! ya...............
boleh tak nak rasa lari jauh2..dalam gua..
duduk soran2.....sampai bila2, biar teman cuma cicak dan tikus saja
bole kan..
bole x mau ckp cukup tidak suka dengan dunia orang2 yang lalai..
yg tidak tahu apa itu dosa apa itu pahala..
..bole ka nk bgtau dosa jgn d dekati tp pahala yg d cari,,,,
bole kah semua org faham?
boleh kah rasa x suka dengan org

Isnin, 9 Januari 2012
saya ada pengikut baru....
....nama dia Haslan b Juraeje...no 850607-12-5987...ok welcome, selamat datang..selamat berkenalan di dunia nyata..tp bila abg baca blog nih, abg akan terasa spt d dunia khyalan juga..heeheh percayalah..
sbb d sini..ada kenangan, ada impian, ada cita2, ada rumusan dari pembacaan, ada pandangan, ada luahan perasaan, mcm2 lah..he2..jan sak bosan ea..

Wanita ibarat bunga…
Cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara
Yang kekal menjadi pujaan manusia
Hanyalah wanita yang mulia akhlaknya
Kerana akhlak itu umpama bunga diri
Tiada guna berwajah cantik
Tetapi buruk akhlaknya
Tiada guna berwajah cantik
Tapi kosong dari ilmu
Wanita ibarat bunga....
Ada yang cantik
Bila dipandang tetapi busuk baunya
Ada juga bunga yang tidak menarik pada
Pandangan mata kasar
Tetapi bila dihalusi dengan mata hati
Ternyata tinggi nilainya.....
Wanita ...adalah makhluk yang amat istimewa
Diciptakan wanita kerana sunyi dan sepinya
Lelaki
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa
Adalah terletak ditangan wanita
Maka
Allah telah meletakkan hukumnya keatas mereka
Walaupun berat dipandang mata sejahil
Tetapi ia adalah kemanisan iman
Yang dititipkan oleh allah keatas wanita
Solehah
Kerna itulah.....
Sebagai anak,dia menjadi anak yang solehah
Sebagai isteri ,dia menjadi isteri yang menyenangkan
Dan menenangkan hati suami
Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya
Dengan penuh kasih sayang
Dan pastinya….
Sebagai hamba allah, dia akan menjadi hamba
Yang tunduk dan menyerah hanya kepadaNya.

LELAKI ACUAN AL-QURAN
Seorang lelaki yg beriman
Memilih muslim muttaqin sbg jati diri
Hatinya disaluti rasa taqwa kpd ALLAH SWT
Apabila disebut asma’ ALLAH…
Gementar hatinya, berdebar jantungnya
LELAKI ACUAN AL-QURAN
Sentiasa haus dgn ilmu
Solatnya adalah maruah dirinya
Tidak pernah gentar utk berkata benar
Tidak pernah lesu utk melawan nafsu
LELAKI ACUAN AL-QURAN
Tutur katanya amat dijaga
Tidak pernah bermegah dgn ilmunya
Tidak pernah bermegah dgn harta dunia yg menipu
Sentiasa berbuat kebaikan krn sifat pelindungnya
Mempunyai ramai kawan
Namun tidak mempunyai musuh
LELAKI ACUAN AL-QURAN
Lelaki yg menghormati ibu bapanya
Bakti dihulurkan buat ayahbonda dan keluarga
Dia bakal menjaga keharmonian rumahtangganya
Kelak memberikan bimbingan dunia dan akhirat
Buat zaujah jua permata hatinya
Wasatiah amalan hidupnya
Pendorong menuju baiti jannati
kerana dunia baginya hanyalah
Ladang menuju akhirat
Jua rumah sementara sahaja
Menunggu yg nyata d akhirat sana

Ahad, 8 Januari 2012
Bila aku jatuh cinta,
Bila aku jatuh cinta,
aku tak pandai meluahkannya.
aku hanya tahu meluahkan rasa cinta ini pada ILAHI..
Bila aku jatuh cinta,
Aku hanya merinduimu dalam diam..
aku tahu kau tahu.
Bila aku jatuh cinta,
Aku masih punya rasa malu..
tidak berani melawan rasa malu itu.
Biarlah aku jaga cinta ini berserta kasih yg sejati.
Bila aku jatuh cinta,
walau tidurku sering diganggu
walau ingatan tak pernah lekang
ku kuatkan hati, jadikan air mata sebagai teman.
tapi ada satu yg mungkin kau tidak tahu...
Aku tak mudah jatuh cinta dan tak mudah menduakan cinta
kerna cinta bagiku terlalu suci utk ku permainkan
hati dan perasaan ini selalu ku pertahankan.
Sekali ku katakan cinta..
ia akan kekal selamanya.Insya'ALLAH.

Langgan:
Catatan (Atom)