Khamis, 23 Jun 2011

Tips menghadapi tekanan

KITA adalah sebaik-sebaik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa.

Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup, antaranya ialah :

  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
    Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
    Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab sepanjang waktu.
  • Banyakkan solat sunat
    Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  • Selalu berdoa kepada Allah
    Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripadaNya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah Yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. InsyaAllah, Allah akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
  • Bersangka baik dengan Allah
    Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Musibah berlaku selalunya juga adalah kerana kezaliman diri sendiri. Sentiasa bermuhasabah dan kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
    Orang ramai selalu berkatan bahawa badan cergas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat
    Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah dengan mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis.
  • Menangis dengan sepuas hati
    Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” - ada sesetengah individu apabila mereka mengalami tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama-sama rakan-rakan ‘cool’ sahaja, tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Menangis dan berkongsi masalah bersama sahabat yang dipercayai boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
  • Hargai kebolehan diri sendiri
    Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuru oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup yang lebih ceria.
  • Cintai diri sendiri
    Cintailah diri kamu sendiri sebelum mencintai diri orang lain”. Kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Rindu aku pada bangsaku

Rindu aku pada bangsaku

Mereka itu mulia berdarjat

Sangat taat setiap saat

Pada bangasa juga syariat

Jujur aku mengharap

Pada semua sepapat

Yang hatinya cepat tersentap

Mendengar bait

Seluruh kekecewaan

Bila mana malam sanagt panjang

Hati meronta untuk dipuaskan

Mencari hala yang panjang

Tujuan yang tak berpedoman

Tubuh bagaikan bayang

Terbang melayang, menghilang

Ditelan gelap malam

Yang semakin kecundang

Bila mana kehidupan serasa satu bebanan

Apa dilakukan semua tak keruan

Sana sini tak tahu apa tujuan

Tercari-cari arah panduan

Sampai bila agaknya terus begini

Mencari sesuatu yang tak pasti

Melakarkan setiap hari-hari

Dengan dosa yang silih berganti

Mengapa harus begini?

Kau turuti hati mudamu

Apa kau ingat..

Kau kan sentiasa muda sahaja?

Satu hari yang pasti nanti

mesti kau merasa betapa dirimu

Kecewa dengan sikap alpa

Yang telah engkau cipta

Berpesta, berdansa, membabi buta

Membisu, membara, mencaci memaki,

Itulah dia dunia kejimu

Benci aku dengan bangsaku

Kerana lahir anak begitu

Samapi bila lagi akan begitu

Terbuai oleh moden dan nafsu

Sekali maut datang tak kira waktu

Musnah saja hayatmu begitu

Fikir-fikir mari berfikir

Jalan begini kah jalan terakhir

Mari ambil kisah dahulu kala

Kisah para anbiya juga sahabah

Hidupnya dahaga ilmu tak kira masa

Jasanya bagai lilin menerangi buana.

Sungguh mulia darjat mereka

Seluruh alam kagumi mereka.

Proses itu satu kehidupan..


@kah kehidupan itu adalah proses?? Proses untuk apa? Proses untuk matang?proses untuk menjadi dewasa?proses untuk menjadi kaya?proses untuk menjadi ibu?menjadi bapa?datuk?nenek…

Itulah warna warni kehidupan..

Kehidupan itu ibarat sebuah halusinasi..kita kadangkala x sedar yang kita sudah menjejaki alam remaja. Kita sudah lama meninggalkan alam kanak-kanak yang riang..tetapi kita tidak dapat meninggalkan pemikiran yang bersifat anak-anak itu lagi? Mengapa?

Kehidupan….

Bila dilakarkan dalam beraneka ragam warnanya..bagi setiapa orang lain coraknya…ada yang berirama..ada yang mendatar..x kurang juag ada yg bengkang bengkok..itulah kehidupan..tidak sama iramanya…berlainan getaranya..

Namun itulah sebuah kehidupan yang kita semua sedang tempuhi..sedang jalani saat dan ketika ini….apa yang membezakan kita..suasana,persekitaran,perasaan..

luahan hati di malam yang sepi~~~rindu dan rindu lagi..

Ibu..ayah..

aku merinduimu..

Ibu..ketahuilah..saat ini..sunyi rasa hati tanpa belaianmu..

Kosong rasa jiwa tanpa kata-katamu..

Bila jauh begini..

rasa rimas aku tersepit merindukanmu..sangat rindukanmu..

Entahlah bagaimana aku harus meneruskan perjuangan ini..

Rasa lemah semangatku..

rasa luluh hati ku

Apabila teringatkanmu..aku rindu padamu..

Malam ini…bergetar rasa jiwa ku..

Ku rasa hilang separuh semangatku…kenapa?

Kerana rinduku padamu datang lagi..

Saat aku jauh darimu..saat aku mengimbau kisah kecil ku bersamamu..

Saat aku mengimbau remaja ku bersamamu..

Saat aku bersama-sama denganmu..

Aku sangat rindukanmu..

Ayah..

Aku bersyukur..aku lahir dari benihmu..

Yang tak pernah kenal erti penat..untuk besarkanku..

Ayah…aku tahu..aku terlalu banyak kerenah bila bersamamu

Tapi kau tak pernah sekalipun marah akan aku..

Ayah….sesekalai salah tingkah ku..

Sering kali kasar bahasa ku..tapi kau….

Bersabar dan kata nasihat mendahului tingkahmu..